Lelaki Sedang Jogging Kena Rogol Oleh Lima Orang Gay Di Taman Tasik Shah Alam

shares |


Penggemar kecergasan di Shah Alam, terutamanya pelari lelaki, berasa takut dengan khabar angin tentang beberapa lelaki telah dirogol secara berkumpulan oleh sekumpulan homoseksual di Taman Tasik Shah Alam yang telah tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Mujurlah, polis Shah Alam telah bertindak pantas untuk menjernihkan suasana dengan ketua polis daerah Azisman Alias menyatakan bahawa insiden seperti itu tidak pernah dilaporkan kepada mereka.

“Justeru, saya tidak dapat mengesahkan dakwaan itu,” Azisman dipetik sebagai berkata dalam The Star Online pada 15 April.

Khabar angin ini bermula apabila seorang wanita memuat naik status di Facebook tentang kawannya, yang dikatakan seorang pegawai polis, memberi amaran kepada tunang beliau supaya berhati-hati ketika berjoging pada waktu malam kerana terdapat kes lelaki telah dirogol secara berkumpulan di sekitar taman tasik tersebut.

“Sembang2 dgn kwn yg keja polis dia bg tau pesan kat tunang tu yg suka jogging malam2 semlm ada kes lagi llaki kena rogol dgn 5 org gay bdn sado kat taman tasik shah alam. Semlm kes ke 6… bila polis menyamar pakai baju biasa jogging x kena pulak..habis baju llaki tu dikoyakkan dan penuh love bite kat leher…kahkahkahkah adoi llaki pun x selamat skrng…”


Bagi penduduk Shah Alam, taman tasik ini adalah tempat beriadah dan rekreasi terkenal dengan pelbagai aktiviti dijalankan di sekitar tasik buatan manusi itu. Di samping menjadi tempat pilihan ibu bapa membawa anak-anak mereka untuk berjalan-jalan. Taman tasik Shah Alam juga menarik golongan muda, terutamanya pelajar dari institusi pengajian tinggi berhampiran.

Bagaimanapun, awal tahun ini, seorang wanita muda telah ditemui mati selepas melompat ke dalam tasik pada sekitar jam 3.30 petang.

Mengesahkan kejadian itu, Azisman berkata, “Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada bapa beliau, mangsa berhadapan dengan kemurungan dan kecelaruan perasaan dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana beliau masih belim berkahwni.”

Khabar angin terbaru mungkin dimulakan oleh individu dengan niat untuk membuat usikan dengan kawan-kawan Facebook beliau, tetapi seperti biasa Internet boleh menjadi tempat di mana cerita boleh tersebar dengan pantas sekali. Jelas sekali, dalam dunia atas talian tiada langsung istilah “antara aku dengan kau saja”.

Kenyataan ketua polis itu setidak-tidaknya berjaya menenangkan penduduk Shah Alam, yang risau tentang peningkatan kadar jenayah dewasa ini selepas seorang pelajar UiTM telah dicekik oleh pemandu bas ketika menaiki bas di Seksyen 8 dan seorang pemandu teksi menyerang seorang wanita di sebuah stesen minyak di Seksyen 7 dalam insiden pergaduhan di jalan raya.

Tetapi lagi sekali, jika rogol lelaki benar-benar terjadi, adakah mangsa akan melaporkannya kepada pihak berkuasa?

Mungkin beliau berasa takut bahawa orang akan meragui orientasi seksual beliau. Dalam masa sama, berita mengenai rogol lelaki menimbulkan rasa hairan dan juga isu yang taboo.

Lagi pun, ianya kepercayaan biasa bahawa lelaki tidak dirogol.

Related Posts