Pelakon Hantu Kak Limah Azwan Annuar Meninggal Dunia

shares |


Sesungguhnya mati itu datang tanpa kita sangka bila saat dan ketikanya. Hanya Allah sahaja yang tahu itu semua. Kepada seluruh ahli keluarga pelakon Azwan Annuar takziah diucapkan kepada semua mereka.

Dunia hiburan tanah air sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah, Azwan Annuar dilaporkan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.15 pagi.

Menurut Pengurus Produksi Enjit Semut Sdn Bhd (syarikat pengarah, Mamat Khalid), Norhashimi Samsudin, beliau telah menghubungi telefom bimbit Allahyarham sebaik menerima berita itu kira-kira jam 11.00 pagi tadi.


“Yang menjawab panggilan adik Allahyarham dan beliau mengesahkan berita sedih itu. “Saya sempat bekerjasama dengan Allahyarham untuk filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan dan telefilem Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya,” katanya hari ini.

Sementara itu, kakak Allahyarham ketika dihubungi berkata, adiknya mula mengadu sakit belakang sejak tiga minggu lalu selepas pulang dari Johor Bahru. Menurut Azzah Annuar, Allahyarham mengalami sakit yang berdenyut sehingga ke perut. “Ketika mengalami sakit itu, Allahyarham ada mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam,” katanya lagi.

Katanya lagi, jenazah dikebumikan di Masjid Al-Faizin, Kuala Lumpur selepas Zohor hari ini. Menerusi fiem Hantu Kak Limah Balik Rumah, allayharham sinonim dengan tagline “sabo aje lah”. Mari kita sama-sama mendoakan agar beliau tenang di sana dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah

Kisah-kisah tentang kematian harus kita jadikan sebagai suatu pedoman buat diri kita yang masih hidup. Ini akan sentiasa mengingatkan kita agar jangan terlampau lalai dan leka dengan nikmat yang kita ada di dunia sementara ini. Apa yang penting pastikan segala bekalan kita cukup unutk berjumpa dengan Allah.

Related Posts