Pemakaian seluar bagi Wanita dari segi Islam..

shares |


لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ
Maksudnya : "Rasulullah melaknat laki-laki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian laki-laki". (Hadis Riwayat. Abu Dawud, no: 4098; Ibnu Majah; Ahmad; dll)

Hadis di atas jelas melarang wanita berpakaian seperti lelaki dan juga sebaliknya. Persoalannya, Kalau macam itu, wanita tidak boleh pakai seluar ?

Bukan begitu, wanita boleh memakai pakaian seluar jenis seluar wanita, contohnya seperti seluar bagi jubah seluar, seluar sukan wanita dan seumpamanya. Seluar yang dimaksudkan adalah seluar yang longgar dan tidak menampakkan bentuk paha dan pinggulnya.

Yang menjadi haram ialah wanita yang berpakaian seperti lelaki ialah, berpakaian t-shit pendek lelaki, seluar jean, seluar lelaki dan seumpamanya.

Haram juga bagi wanita yang memakai seluar ketat (legging). Jangan sempetkan pandangan kita dengan masalah ini. Setiap apa-apa mestilah yang mematuhi syarak Islam. Islam itu indah dan mudah.

Wallahu a`alam..

Related Posts