Planet yang ideal..

shares |


Sedar atau tidak, bumi yang kita diami merupakan sebuah planat yang paling sesuai untuk kehidupan kita. Terdapat banyak sistem kompleks yang sempurna dan berlaku tanpa henti. Ia telah disebut dalam al-quran sebanyak 450 kali dengan penjelasan yang begitu menakjubkan.

Apabila dibandingkan dengan planet-planet lain, kita akan dapati bumi merupakan satu-satunya planet yang sesuai untuk didiami oleh manusia dan juga hidupan lain.

Allah berfirman yang bemaksud:

“Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di seluruh penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepadanyalah kamu (kembali) setelah dibangkitkan.” (Surah al—Mulk 67: 15)


Terdapat banyak sistem yang seimbang pada bumi yang membolehkan manusia dan makhluk-makhluk lain terus hidup. Dengan memerhatikan keseimbangan sistem-sistem yang terdapat pada bumi ini, kita menyaksikan betapa sempurna dan hebatnya Allah s.w.t. yang menjadikan bumi untuk kehidupan kita.

Bumi ini dijadikan dengan beribu-ribu kesesuaian untuk semua hidupan. Antaranya termasuklah saiz dan bentuk bumi, jarak dengan bulan dan matahari, kandungan gas di atmosfera, kelajuan putaran bumi dan pelbagai lagi.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Dan jika kamu bertanya kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’ Nescaya mereka akan menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai tempat menetap dan Dia membuat jalan-jalan di atas bumi untuk kami supaya kamu mendapat petunjuk.” (Surah al-Zukhruf 43: 9-10)

Kandungan Gas di Atmosfera

Salah satu daripada keseimbangan yang sangat penting di planet ini ialah kandungan gas di dalam atmosfera di sekeliling kita. Terdapat pelbagai jenis gas di dalam atmosfera yang kita diami, malah kuantiti dan nisbah gas-gas tersebut mestilah sesuai untuk keperluan biologi manusia dan hidupan lain.

Secara umumnya, atmosfera mengandungi 78% gas nitrogen, 21% oksigen dan selebihnya 1% terdiri daripada gas karbon dioksida dan sebahagian kecil gas-gas lain. Peratusan ini merupakan satu komposisi yang tepat untuk semua hidupan di atas muka bumi. Sekiranya berlaku sedikit perubahan, nescaya semua hidupan di bumi ini akan mati.

Sebagai contoh, gas oksigen merupakan sejenis gas yang sangat penting untuk keperluan badan manusia, baik untuk pernafasan mahupun metabolisme badan. Sekiranya komposisi oksigen di dalam atmosfera melebihi 21%, ia tidak akan menyebabkan badan kita semakin baik. Malahan ia akan menyebabkan sel-sel di dalam badan kita mengalami kerosakan yang serius. Tumbuh-tumbuhan yang diperlukan oleh manusia juga akan musnah.

Sekiranya peratusan ini kurang daripada 21%, ini akan mengganggu sistem pernafasan kita dan makanan yang dicerna tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Oleh sebab itu, kuantiti oksigen sebanyak 21% di dalam atmosfera merupakan jumlah terbaik yang menentukan hidupan di atas muka bumi mampu meneruskan kehidupannya. Komposisi ini tidak dapat diperoleh di planet-planet lain.

Bukan hanya komposisi oksigen, gas-gas lain seperti nitrogen dan karbon dioksida juga diaturkan dengan kuantiti yang sempurna untuk hidupan.

Sebagai contoh, jumlah gas karbon dioksida yang tepat memainkan peranan penting untuk mengekalkan kestabilan suhu di permukaan bumi dan juga untuk mengelakkan kehilangan haba terutamanya pada waktu malam. Gas ini yang peratusannya kurang daripada 1% di dalamatmosfera meliputi permukaan bumi dan mencegah haba hilang ke ruang angkasa. Sekiranya peratusan ini bertambah, suhu bumi akan meningkat secara mendadak dan mcngancam hidupan di bumi.

Sekiranya jumlahnya berkurang, haba-haba akan hilang ke angkasa dan bumi akan mengalami kesejukan yang melampau dan tidak sesuai untuk semua hidupan. Syukur kepada Allah s.w.t. yang menjadikan komposisi yang sempurna ini.

Terdapat satu mekanisme yang berlaku , untuk memastikan komposisi ini tidak berubah. Tumbuh-tumbuhan hijau yang hidup berfungsi untuk menukar gas karbondioksida dan menghasilkan kira-kira 190 bilion tan oksigen setiap hari.

Manakala manusia dan haiwan menggunakan gas oksigen dan menghasilkan gas karbon dioksida untuk keperluan tumbuh-tumbuhan. Semua ini hukum alam yang dijadikan oleh Allah s.w.t.


Daya Graviti

Selain itu, bumi sebenamya mempunyai saiz yang sangat ideal dalam konteks untuk menyimpan atrnosfcra. Menurut hukum fizik, semakin besar sesuatu jisim sesebuah objek, maka semakin kuat daya tarikan kearahnya. Sekiranya saiz bumi lebih besar, maka semakin besarlah daya graviti bumi dan begitulah sebaliknya.

Apa yang akan berlaku sekiranya Allah s.w.t. menciptakan bumi dengan saiz yang lebih besar daripada sekarang? Daya graviti bumi akan bertambah menyebabkan bumi tidak sesuai untuk hidupan. Bumi akan menarik dan menyimpan banyak gas-gas ammonia dan metana dari angkasa yang berbahaya untuk manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.

Sekiranya saiz bumi dicipta lebih kecil daripada saiz sekarang, daya graviti akan berkurangan dan ini akan menyebabkan gas-gas di dalam atmosfera akan terlepas ke angkasa. Bumi juga akan kehilangan air yang banyak, menyebabkan mustahil untuk sebarang hidupan hidup di atas bumi.

Lapisan Ozon

Selain itu, keseimbangan lain yang dicipta oleh Allah s.w.t. untuk hidupan di bumi ini ialah lapisan ozon. Lapisan ozon berfungsi untuk menyerap sinaran ultra ungu (UV) yang tinggi dari matahari sebelum sampai ke permukaan bumi. Sinar ultra ungu boleh menyebabkan kanser kulit, penyakit saraf pada manusia dan juga boleh merosakkan tumbuh- tumbuhan untuk makanan ruji seperti gandum dan jagung. Lapisan ozon juga berfungsi mengawal suhu bumi.

Namun ini tidak bermakna semakin tebal lapisan ozon ia akan menjadi semakin baik untuk bumi. Sekiranya lapisan ini lebih tebal daripada biasa, bumi akan menjadi terlalu sejuk dan tidak sesuai untuk hidupan dan sekiranya ia menipis menyebabkan bumi akan menjadi terlalu panas. Maka ketebalan lapisan ozon yang ideal telah diciptakan oleh Allah s.w.t. khusus untuk kehidupan manusia.

Sesungguhnya masih terdapat beribu-ribu keseimbangan pada bumi ini yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Keseimbangan ini tidak terdapat pada planet-planet lain. Ketidakseimbangan salah satu perkara tersebut akan menyebabkan kematian semua hidupan di atas muka bumi ini.

Wallahu a‘lam.

Related Posts