Romantik Cara Rasulullah S.A.W.

shares |


Sebut romantik anak muda pasti tertarik hati. Membayangkan aksi romantik sesama pasangan. Tetapi sebenarnya romantik ini adalah untuk pasangan suami isteri.

Bagi yang teruna atau dara segeralah mendirikan rumahtangga. Marilah kita "Romantik Cara Rasulullah Saw" ini kerana Rasulullah memiliki sifat kesempurnaan yang boleh kita jadikan ikutan.

Allah Swt membimbing baginda dengan didikanNya dengan cara yang paling baik. Allah Swt berfirman dalam Surah al-Qalam ayat 4 yang bermaksud :


"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi perti yang agung." (Surah al-Qalam ayat 4 )

Sifat-sifat inilah yang membuatkan jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah saw dan mencintai bainda Rasulullah saw. Bahkan ramai yang dahulu bersikap keras dengan Rasulullah saw berubah menjadi lemah lembut masuk islam setelah terpana atau terpesona dengan peribadi yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Isteri Sebagai bukti

Kemuliaan itu bukanlah lakonan yang ditunjukkan di hadapan manusia. Akan tetapi perlu diteliti melalui perbuatan, pertuturan, dan lenggong gaya seseorang itu. Sehinggakan kemuliaan Rasulullah saw tidak dapat digambarkan oleh Aisyah ra lalu menisbahkan akhlak Rasulullah saw sama dengan akhlak Kitab Suci Al-Quran.

Walaupun Rasulullah saw merupakan seorang panglima yang perang yang gagah, pemimpin tertinggi umat islam. Namun, baginda seorang suami yang cukup romantik. Suami hari ini, lebih cenderung menggambarkan dirinya seolah-olah pemegang kuasa keluarga yang sentiasa perlu kelihatan bengis dan penuh dengan keegoaan. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Rasulullah saw yang kedudukannya jauh lebih mulia dari segala manusia. Tawaduk dan romantisnya bersama isterinya membuatkan seolah-olah kita sedang menghayati keromantikan Rasulullah saw.


Mandi Bersama

Dikisahkan bahawa Rasulullah Saw pernah mandi bersama isterinya, Aisyah ra. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan Aisyah ra :"Aku mandi bersama Rasulullah saw dalam satu bekas yang disebut al-Faraq."

Perbuatan baginda mandi bersama Aisyah ra tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya sattu sunnah. Terutama setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan. Romantik cara Rasulullah saw boleh diteladani walaupun kehidupan suami isteri yang sibuk dengan pekerjaan masing-masing.

Hantar Isteri Keluar Rumah

Sebagai contoh menghantar ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw terhadap isterinya Syafiyyah binti Huyay sehinggakan Rasulullah saw bersabda :"Jangan terburu-buru sehingga aku mengiringmu sampai ke pintu."

Bahkan Rasulullah saw turut membantu isterinya menaiki kenderaan . Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan :"Nabi Muhammad saw duduk disisi unta Baginda. Kemudian, baginda menekukkan lututnya, lalu isteri baginda Syafiyyah binti Huyay meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad saw sehingga naik ke atas unta.

Bukakan Pintu Kereta

Perbuatan ini sesuai untuk dipraktikkan bukan sahaja memikat isteri dahulu tetapi sesudah berkahwin sangat-sangat digalakkan. Melalui hadis Bukhari yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari Perang Khaibar Rasulullah saw membonceng isterinya dibelakangnya.

Bawa Isteri Makan Angin

Apabila waktu cuti hujung minggu atau malam hari bawalah isteri bersiar-siar. Amalan ini bukanlaj sekadar tips seorang motivasi tetapi merupakan sunnah romantik Rasulullah saw. Diriwayatkan Sahih dan Muslim bahawa :"Rasulullah saw apabila datang waktu malam baginda berjalan bersama Aisyah ra dan berbincang-bincang dengannya."

Malah apabila baginda keluar, baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah saw membawa Aisyah ra untuk ke luar sehinggakan suatu ketika Rasulullah saw pernah menolak pelawaan jiran yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka, sekiranya isterinya Aisyah ra tidak diundang bersama. (Hadis Riwayat Muslim)

Menyuapkan Makanan

Untuk menambahkan romantik isteri suami, suami disarankan menyuapkan sendiri makanan ke mulut isteri seperti dalam Sahih Bukhari dan Muslim sebagaimana sabda Rasulullah saw :"Sesungguhnya apa pun yang kamu nafkahkam , maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu."

Belaian dan Bermanja

Belaian dan bermanja dapat memupuk kasih antara sesama pasangan sabda Rasulullah saw:"Rasulullah saw tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isteri baginda seorang demi seorang. Rasulullah saw menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.

Adakalanya romantis Nabi Saw sehinggakan baginda sengaja bermanja dengan menyandarkan kepada baginda ke pangkuan isteri sebagaimana yang di diriwayatkan Aisyah ra dalam Sahih Bukhari bahawa :"Nabi Saw membaca al-Quran (mengulang hafalan ) dan kepalanya berada dipangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."

Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah saw. Aisyah berkata:"Ketika maut menghampiri Rasulullah saw kepada baginda berada di atas pahaku."

Pada suatu hari ketika Aisyah ra sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibunya datang baginda Rasulullah saw mendukung Aisyah ra di belakang baginda. Aisyah ra meriwayatkan :"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah saw." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitu juga isteri Nabi Saw sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Rasulullah saw ketika ingin pergi ke masjid.

Pengubat Hati

Rasullulah saw bukanlah seorang yang kaku dan keras dalam pergaulan. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Di kala kesepian baginda hadir mengungkap keriangan. Di kala isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati baginda adalah pengubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan daripada Aisyah ra :"Nabi Muhammad saw adalah orang yang penyayang dan berlemah lembut. Baginda seorang yang sangat penyayang dan lemah lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.

Bergurau Senda

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isteri. Suatu hari datang Saodah (Salah seorang isteri Rasulullah saw) ke rumah Aisyah ra. Lalu Rasulullah saw duduk diantara Aisyah ra dengan Saodah dan meletakkan kaki baginda di atas pangkuan mereka. Ketika Aisyah ra menjemput Saodah makan dia menolaknya kerana tidak berselera :"Lalu Aisyah ra berkata:"Demi Allah makanlah atau aku akan mengotori wajahmu." Saodah menolak dengan berkata:"Aku tidak akan memakannya." Lalu Aisyah ra mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah saw tertawa kemudian Rasulullah saw menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah ra. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah ra, Rasulullah saw terus tertawa." (Riwayat an-Nasai , Ibn Abi Dunya)

Kisah ini meruopakan senda gurau Nabi Saw bersama-sama isteri-isteri baginda. Pernah Rasulullah saw memujuk Aisyah ra untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah ra seperti diriwayatkan oleh Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumah tangga Rasulullah saw mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal sehingga ke akhir hayat Rasulullah saw. Beramah mesra, bergurau, belaian dan gurauan.

Panggilan Manja

Panggilan manja sentiasa terukir dari bibir seorang Nabi terhadap isteri-isterinya. Suara indah memanggil "Ya Humaira" kepada Aisyah ra yang bermaksud "Si pipi merah atau mawar merah". Ini membuatkan ikatan hubungan suami isteri lebih erat atau intim.

Adakalanya Nabi Saw memanggil Aisyah ra dengan panggilan singkatan manja "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana baginda menyampaikan salam kepada Malaikat Jibrail untuk Aisyah ra dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan oleh Rasulullah saw kepada Aisyah ra.


Jangan Malu Jadi Romantik

Sesungguhnya bersikap romantik kepada isteri itu adalah sunnah Nabi Saw. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat kepada isteri. Bukankah sunnah itu suatu yang tidak perlu malu apabila diamalkan?

Amalan romantik suami isteri kini semakin malu untuk diamalkan atau dipraktikkan. Sikap romantik adalah amalan sunnah . Alangkah ruginya jika kita yang sudah berkahwin untuk romantik sesama pasangan sedangkan ia adalah halal.

Gambaran suami kena garang dan bengis bukanlah amalan islam. Nikmati suasana percintaan itu lebih dihargai apabila turut diselangi dengan masa bergurau senda dan bermesra seolah-olah baru sehari diijabkabulkan.

Sesungguhnya sikap romantik itu adalah amalan sunnah Rasulullah saw. Marilah romantik cara Rasulullah saw. Amin..

Related Posts