Syarat Taubat jika melakukan Zina..

shares |


Berzina merupakan dosa besar. Mereka yang melakukannya hendaklah segera bertaubat. Taubat yang wajib adalah dengan taubat nasuhat iaitu taubat bersungguh-sungguh.

Berikut adalah 6 syarat taubat yang diterima Allah SWT:

1.Ikhlas melakukan bertaubat

2.Tidak akan mengulangi lagi dosa tersebut

3.Menyesal diatas perkara yang telah dilakukan

4.Nekad dalam hati tidak akan melakukan dosa tersebut selama-lamanya

5.Dikerjakan sebelum ajal tiba

6.Mencari suasana dan rakan yang baik agar dosa tersebut tidak dilakukan lagi

Firman Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At-Tahrim:66:8)

Semoga Allah SWT menerima taubat hambaNYA.

Related Posts