Tanda-tanda anda terkena sihir..

shares |


Tanda-tanda Gejala Sihir:-

1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.

3. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5. Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.

Cara-cara untuk mengetahui terdapat gangguan sihir :-

Membaca ayat-ayat dibawah ditapak tangan kita :

1. Baca surah Ibrahim ayat 42-52

2. Baca surah al-Mukminun ayat 98-118

3. Baca surah al-Falaq ayat 1-5.

4. Baca surah an-Nas ayat 1-6

Ketika membaca ayat-ayat di atas, letakkan mulut di telapak tangan kanan, sehingga nafas kita atau sebahgian dari ludah mengenainya. Kemudian hulurkan tapak tangan kanan kita di depan mata si sakit, dan mintalah dia melihatnya.

Kalau dia sama sekali tidak boleh melihatnya, atau matanya menjadi silau atau nanar, atau dia melihat tapak tangan kita berwarna sangat merah atau hitam, atau dia melihat banyak salib di telapak tangan kita, atau tiba-tiba kepalanya terasa sangat pening, atau dia menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka dia, tidak diragukan, terkena sihir atau kesurupan (kerasukkan) atau kedua-duanya sekali.

CATATAN : Sebaik-baiknya, usahakan dia sendiri yang membacanya ayat-ayat diatas. Kalau pesakit tidak boleh membaca sendiri maka kita boleh bacakan ditapak tangan kita dan hulurkan tangan kanan kita di depan mata si sakit dan minta dia melihatnya.

Wallahu a’lam.

Related Posts