Terbukti bahawa Allah s.w.t itu Maha Pemberi Rezeki yang Melimpah-Limpah tanpa had

shares |


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya”. (Saba': ayat 1)

Kita tentu pernah terbaca tentang isu minyak mentah dunia yang kononnya akan “habis” tidak lama lagi. Para Saintis telah membuat andaian bahawa minyak mentah dunia tidak akan bertahan lama kerana telahpun diterokai dan digunakan oleh manusia.

Tahukah anda bahawa rizab minyak mentah yang tidak terhad benar-benar wujud di dalam planet bumi?

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“….dan Kami alirkan padanya (Nabi Sulaiman) sumur minyak (spring of oil)…” (Saba, ayat 12)

Memang benar bahawa rizab minyak mentah yang tidak terhad memang wujud di dalam planet bumi, dan Russia merupakan negara yang pertama membangunkan teknologi canggih yang diperlukan untuk mendapatkan minyak mentah tanpa had ini dengan cara yang cekap dan tepat pada masanya.

Para Jurutera Russia telah terkejut apabila mereka mendapati bahawa minyak mentah di dalam bumi telah di “Top-Up” iaitu telah bertambah secara semulajadi dari bawah perut bumi. Kejadian “Top-Up” ini akan sentiasa berlaku sehingga hari kiamat. ALLAHU AKBAR!!

Pada tahun 1970, Kerajaan Russia telah mula menggali lombong minyak mentah yang dikenali sebagai “Kola SG-3”. Mereka telah menggali sedalam 40,230 kaki ke dalam tanah dan ini merupakan rekod dunia dari segi kedalaman. Syarikat minyak Russia iaitu “Yukos” telah berjaya menggali sebanyak 310 lombong minyak mentah yang “sungguh dalam”. Pada tahun 2004, Russia telah berjaya mengatasi Arab Saudi dari segi pengeluaran minyak mentah yang paling banyak di dunia.

Minyak mentah dapat dikeluarkan di mana-mana sahaja di bumi, sekiranya negara tuan rumah mampu untuk menampung kos yang mahal untuk penggerudian yang kedalamannya yang melampau iaitu terpaksa melalui kerak batu yang keras dalam perut bumi.

Vietnam merupakan negara yang miskin selepas perang dengan Amerika pada tahun 1954.

Mereka sungguh miskin sehingga terpaksa meminta sedekah untuk menampung kehidupan.

Ramai pakar dari luar negara telah memberitahu kepada kerajaan Vietnam bahawa memang tidak ada sebarang minyak mentah dijumpai di Vietnam.

Tetapi Kerajaan Russia telah membantu Kerajaan Vietnam untuk mencari lombong minyak mentah.

Kini Vietnam merupakan negara pengeluar minyak mentah yang maju dan telaga minyak “White Tiger” di Vietnam merupakan telaga minyak yang telah menaikkan kembali maruah Vietnam di mata dunia.

Selepas kejayaan di Vietnam, negara China dan Korea Utara juga telah mengikuti jejak Vietnam untuk mencari minyak mentah dengan bantuan Russia dan akhirnya mereka juga telah berjaya menjumpai minyak mentah dibawah tanah.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik – (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata “. (Saba': ayat 24)

Related Posts