Tindakan Rasulullah Bila Isterinya Memecahkan Pinggan Di Depan Tetamu

shares |


Bayangkan situasi begini. Sedang anda menerima tetamu, tiba-tiba isteri anda marah dengan seseorang yang membawa makanan ke rumah lantas memecahkan piringnya. Apa yang anda akan lakukan?

Kebanyakan orang mungkin akan memarahi isterinya kerana telah membuat malu di depan para tetamu. Atau mungkin mengumpatinya, atau bahkan memukulnya.

Setidaknya ia berasa malu, kehormatannya sebagai tokoh masyarakat atau sebagai orang kenamaan tercemar oleh kelakuan isterinya tadi. Demikiankah?

Rasulullah s.a.w. pernah mengalami hal itu. Imam Bukhari dan beberapa imam hadits meriwayatkannya.

Hari itu, Rasulullah sedang menemui sejumlah tetamu yang tidak lain adalah para sahabat beliau. Tiba-tiba terdengar suara piring pecah. Ternyata Aisyah baru saja memukul pinggan berisi makanan yang dibawa oleh pembantu Zainab untuk dihidangkan kepada Rasulullah. Pinggan itu pecah dan makanannya pun jatuh.

Menyaksikan kejadian tersebut Rasulullah tidak marah.

Beliau tidak merasa harga dirinya turun. Beliau tidak merasa kehormatannya dipermalukan. Beliau tidak merasa khawatir disebut sebagai suami yang tidak mampu mendidik istrinya untuk mengawal emosi.

Sama sekali tidak!

Rasulullah mendekati mereka dengan tenang, seperti tak terjadi apa-apa.

Lalu beliau memunguti makanan dari kurma tersebut dan meletakkannya di sisa-sisa piring, kemudian membawanya ke majelisnya semula untuk dimakan bersama para tetamu.

“Maaf… isteriku sedang cemburu,” kata Rasulullah kepada para sahabatnya. Tak lupa, beliau mengganti piring yang sudah pecah tersebut dengan piring yang elok untuk dibawa kembali oleh pembantu kepada Zainab.

Demikianlah akhlak agung Rasulullah. Khuluqun ‘adhiim.

Beliau tidak mempermasalahkan masalah, namun menyelesaikan masalah. Beliau tahu saat itu Aisyah sedang cemburu kerana di hari giliran Aisyah, Zainab mengirimkan makanan untuk Rasulullah. Maka Aisyah pun memecahkan piring sebagai tanda kecemburuannya.

Dan Rasulullah menyelesaikan masalah dengan bijak.

Beliau tidak memarahi Aisyah kerana memarahi isteri yang sedang marah akan menimbulkan masalah baru.

Masalah semula tidak terselesaikan, justru suami istri terlibat pertengkaran. Rasulullah tidak melakukan itu.

Namun memecahkan piring orang lain tetap tidak dibenarkan. Kerana jika pecah, harus diganti. Disebabkan itulah hadits ini dibahas panjang lebar oleh Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fahtul Baari, untuk mengambil contoh jika seseorang memecahkan barang milik orang lain, haruskah menggantikan dengan barang atau boleh juga dalam bentuk wang.

Rasulullah juga tenang di hadapan para sahabat. Beliau tidak menyalahkan Aisyah kerana menyalahkan isteri di depan orang lain adalah bukanlah tindakan yang baik. Orang yang mendengar akan mengetahui bahawa keluarga tersebut sedang bermasalah, sementara mereka belum tentu boleh membantu menyelesaikan masalahnya.

Sebagai suami, sanggupkah kita mengawal emosi seperti Rasulullah ketika isteri kita tiba-tiba marah atau memecahkan piring seperti Aisyah?

Related Posts