Wanita yang tidak boleh dijadikan Isteri

shares |


Setiap manusia di dunia ini telah diciptakan berpasangan iaitu lelaki dan wanita. Rasululullah SAW sudah memberikan petunjuk kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping atau isteri. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan dijadikan isteri. Siapakah mereka itu?

1. Wanita “Ananah” : Wanita yang banyak mengeluh.

Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.

Sabda Rasulullah SAW : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

2. Wanita “Mananah” : Wanita yang suka meniadakan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga.

Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah SAW. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang, Rasulullah SAW melihat Syurga dan Neraka. Ketika baginda melihat Neraka, baginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya:“Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab:“Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi:“Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab: “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata: "Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

3. Wanita “Hananah” : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu). Masih teringat-ingat suaminya yang lain.

Wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. Jika ada masaalah sikit dengan suaminya dia akan meminta cerai.

Sabda Rasulullah SAW: “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

4. Wanita “Hadaqah” : Wanita yang bersifat kebendaan. (materialistik)

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat suaminya pening kepala. Dia ingin apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.

5. Wanita “Basaqah” : ada dua makna:

Pertama : Wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri (tabarujj). Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada orang lain. Suka melawan. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia menjadi isteri orang ternama (dia akan mengelarkan dirinya wanita pertama) dan menjadi pula isteri ketua dalam organisasi itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Kedua : Dia marah ketika makan, dan tidak mahu makan kecuali dipisah dengan orang lain dan dia suka bersendirian.

6. Wanita “Syadaqah” : Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya, "Janganlah kita terdiri daripada mereka yang suka mengumpat, kerana balasannya adalah murka Allah SWT."

Dalam sebuah riwayat disebutkan, "Sesungguhnya Allah tidak menyenangi kata-kata dan perilaku yang keji dan buruk."(HR Muslim dan Ahmad)

Wallahu ‘alam.

Related Posts