Che Ta Merajuk, Tarik Diri Dari Juri AF2015

shares |


Tidak tahu sama ada hanya gimik atau perkara ini benar-benar berlaku, Che Ta mengakui dan mengesahkan bahawa dia enggan untuk meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan.

Tindakan menarik diri sebagai juri itu sebenarnya dibuat setelah dia diherdik oleh Pengetua AF2015, Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF baru-baru ini.

Malah menurut Che Ta, dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar.

“Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional. Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi”

“Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya. Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sementara itu, menurut Edry pula, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina. Apa pun, semoga AF kali ini mampu mendapat sambutan hangat lagi.

Related Posts