Gosip gambar bogel, Che Ta tidak mudah melatah
Baru-baru ini telah tersebar gambar separuh bogel Che Ta di laman sosial, bagaimanapun pelakon berkenaan tampil menjelaskan bahawa gambar yang tersebar tersebut bukanlah dirinya malah tidak melatah dengan perkara tersebut.
“Saya tidak terkesan dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu bukannya diri saya. Saya tunjuk kepada Zain pun dia tergelak. Lucu melihatkan kreativiti sesetengah pihak menggunakan teknik ‘superimpose’ kelihatan seperti benar”
Nampaknya masih ada lagi insan yang tidak habis-habis mahu menjatuhkan pihak lain.
Malah Che Ta nampaknya cukup tenang menghadapi perkara sebegini dan mungkin juga boleh menjadi contoh kepada selebriti yang baru menjengah dunia hiburan agar tidak cepat melatah jika diusik kontroversi.