Senyuman Insan Terpilih Meninggal Di Tanah Suci Makkah

shares |


SUDAH suratan takdir, seramai lima orang jemaah haji dari Malaysia telah dikenal pasti terkorban dalam insiden kren tumbang yang berlaku di Makkah, Jumaat lepas.

Jenazah yang sudah dikenal pasti adalah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah, Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Rusiah Suar, 56, Sungkai, Perak dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.


Sementara itu, adik lelaki Allahyarham Siti Nurolshizan, Amalludin Zolkifli ada berkongsikan gambar kakaknya sebelum berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Haji.

SubhanAllah, sucinya raut wajah seorang ahli syurga yang terpilih menjadi tetamu Allah SWT dan meninggal dunia di tanah suciNya.

Semoga roh Allahyarham Siti Nurolshizan dan empat lagi jenazah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman serta beramal soleh.

Dalam insiden Jumaat lalu, seramai 107 jemaah disahkan terkorban sementara beratus lagi cedera selepas kren yang diletakkan berhampiran tempat ibadat itu tumbang selepas hujan ribut melanda Makkah.

Menurut Tabung Haji, kesemua jenazah akan disemadikan di Makkah.

Related Posts