Black Hanifah Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

shares |


Tahniah kami ucapkan kepada Black Hanifah yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi selepas isterinya Cira Khairy sah hamil.

Berita itu dikongsikan oleh Black sendiri di akaun Instagram miliknya dimana beliau menunjukkan gambar alat uji kehamilan dengan tanda positif. Malah, isterinya itu turut melakukan ujian tersebut sebanyak dua kali untuk mengesahkan beliau benar-benar mengandung.


Ramai peminat yang mengucapkan tahniah kepada Black dan berdoa agar isteri beliau serta kandungannya berada dalam keadaan sihat.

Nampaknya tidak lama lagi keluarga Black akan lebih meriah dengan kehadiran cahaya mata kedua. Tahniah sekali lagi daripada kami. Sumber AbgNara.

Related Posts