Pak Yus Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

shares |


Berita yang sememangnya mengejutkan satu Malaysia. Pak Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo telah kembali ke rahmahtullah pada tengah malam semalam.

Berita pemergian Pak Yus disampaikan oleh rakan seperjuangannya Tauke menerusi laman Instagram miliknya.

“@taukejambusalam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah 30 november 2015”


Allahyarham Pak Yus pernah bergelar Juara Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Kemudian dia bersama Tauke menubuhkan kumpulan Jambu dan menjadi naik juara bagi program Maharaja Lawak Mega 2012. Terbaru, kedua mereka sedang sibuk dengan Program Juara Parodi dengan membentuk kumpulan Kobis Pedas bersama penyanyi Misha Omar.

Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga Allahyarham Pak Yus di tempatkan orang yang beriman. Amin. Ketahuilah Pak Yus, ramai yang akan merindui lawak jenaka anda. Al-fatihah.

Related Posts