Pelakon dan pelawak Yus Jambu @ Pak Yus meninggal dunia

shares |


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu, 39, meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Difahamkan, Yus menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam kenderaan kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Perkara itu disahkan sendiri oleh rakan karibnya, yang juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke, di laman Instagram miliknya.


"Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah," dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.



Sebelum itu, Yus sempat menjayakan program 'Raja Band' di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan gelaran 'Pak Yus' mula bergiat dalam bidang seni melalui teater.

Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.



Innalillahiwainnalillahirajiun. #YusJambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39 telah pergi meninggalkan kita semua malam tadi akibat sesak nafas. Jenazah akn dibawa ke Masjid Nurul Iman Kg Nesam Bintong Perlis untuk dikebumikan selepas Zohor hari ini. Semoga roh Allahyarham #PakYus ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman. Kredit @officialhlive
Posted by ERA fm on Sunday, November 29, 2015


Dibawah ini kami selitkan sedikit gambar rakan artis yang menziarahi arwah di Hospital Selayang malam tadi.





Siapa pernah tengok arwah pakai macam ni, bermakna dia tengok Raja Lawak musim pertama.



Di Final Raja Lawak musim pertama, ada 2 pusingan. Pusingan pertama Yus buat kelakar menari hindustan, memang hambar, kena kondem kaw-kaw dengan juri jemputan khas masa tu, Ahmad Idham.

Pusingan kedua, inilah dia macam dalam gambar, datang dengan gaya budak "hye kawan-kawan", tangan cekak ke ketiak, bagi teka-teki.

Bila umum keputusan, Yus juara, Zizan naib, Johan no3. Menangis teresak-esak Yus, macam bukan menang Raja Lawak.

Iyalah, sebelum peserta final buat persembahan, akan ada video clip krew Raja Lawak ke rumah peserta. Bila tunjuk video ke rumah Yus, tercengang kejap. Yus rupanya sebatang kara, hidup agak daif sebenarnya.

Kecewanya, tahun 2008, Zizan & Johan jadi pengacara Raja Lawak Musim ke-2, manakala Yus hanya dijemput untuk jadi jin pada persembahan pembukaan. "Jin kalewa lewa luku lewa lakat cipole cikeduk".

Selepas itu, Yus hanya kadang-kadang ke Kuala Lumpur bila ada job, selebihnya menyambung tugasnya kebudayaannya di DBP Perlis.

Sehinggalah program MaharajaLawak Mega diperkenalkan, Yus kembali bergandingan dengan Tauke membentuk kumpulan Jambu. Ini adalah turning point Yus dalam industri.

Kalau yang tengok Raja Lawak 1, Yus dan Tauke pernah berganding dalam satu task, dinamakan kumpulan itu "JoPer", gandingan nama negeri asal dua orang ni iaitu Johor dan Perlis.

Ahhh panjang nak cite satu-satu, tapi Yus ni bukan pelawak biasa, dia lain dari lain. Selepas Din Beramboi, satu lagi kehilangan very talented comedian dalam Malaysia. Yus Jambu memang lain dari yang lain.

sempoimempoikelempoi,
muka legend hati cute, apepontakboleh,
Yaya Toure Manchester City,
Boleh Tuju Lagu,
Kicap nak kicap,
Siti Nur Enjoy,
Baby Sister,
Ape pun tak bley,
Balotelli,
Driver tolong ambil kereta saya,
Zila Bakarin,
Siapa Menteri Perdagangan Mexico,
6 darab cecair,
USG,
Khatulistiwa,
Pokoknya.. Pokoknya harus ditebenggg,
Janganisapgam

Pak Yus dalam kenangan, terima kasih ya Pak Yuih hiburkan kami, sekarang rehatlah.

Salam takziah kepada keluaraga, saudara dan kenalan arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Innalillahiwainnalillahirojiun..

Related Posts