Ribuan Hadirin Membanjiri Pengebumian Allahyarham Yus Jambu

shares |


Jenazah pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nesam, Bintong, Perlis kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Allahyarham Yus, 39, sebelum itu tiba di kampung halamannya sekitar jam 11.45 pagi sebelum disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam.


Dianggarkan lebih dari 3,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan artis dan peminat dari seluruh negeri Perlis kelihatan membanjiri kawasan masjid dari 10 pagi untuk menantikan ketibaan jenazah.

Antara kenalan artis dan juga pelawak serta pelakon seperti Achey, Angah, Atu, Tauke, Hairi Safwan dan Akim AF turut menghadiri majlis pengkebumian itu.


Orang yang baik, suka menghiburkan orang walaupun diri sendiri berduka.. ramai yang datang sebagai penghormatan terakhir. Arwah salah sorang penyumbang sekolah agama di Perlis. Jual kereta yang dia menang masa Raja Lawak utk meneruskan kelangsungan hidup.

Orang tua dah tak ada. Kalau jumpe dia kt luar, dia buat kita macam member dia yang dah lama kenal.. gurau.. usik mengusik.. tak sombong dan x bajet diva. Bila dah senang pun tetap guna motor untuk apa2 tugasan.. damailah kau di sana.. Al-Fatihah - Sumber foto: Siakapkeli

TRIBUTE TO YUS JAMBU @Era


Sedikit tribute khas untuk Allahyarham Pak Yus dari ERA fm . Semoga roh-Nya dicucuri Rahmat. Amin... Al-Fatihah...
Posted by ERA fm on Sunday, November 29, 2015

Related Posts