Gadis Dari Sabah Pilihan Abam Bocey!

shares |


Pelawak Abam Bocey pernah menceritakan kisah percintaannya pada media suatu ketika dahulu.. Dah banyak kali dia mengalami kekecewaan dalam kisah cinta.. Sekian lama tak memiliki teman istimewa..

Kini, Abam dah berjumpa dengan pilihan hatinya.. Wanita tu bukan saja sudah berjaya mencuri hatinya, malah turut mencuri hati keluarga Abam, terutamanya ibu Abam..

“Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu. Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu”

“Saya sudah bawa dia jumpa dengan ibu untuk duduk semeja makan sama-sama. Dia nampaknya memang boleh ‘masuk’ dengan ibu saya. Ibu saya pun selesa dengan gadis itu. Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor” kata Abam..

Menurut Abam, wanita itu mula meminati dirinya lepas menonton program masakan dan turut memahami kerjayanya.. Apapun, kami ucapkan hubungan yang terjalin antara Abam dan wanita Sabah itu akan ke fasa yang lebih serius. Insyallah Abam! Kipidapppppppp

Related Posts