Juara Parodi Minggu 5 "Pak Yus Dalam Kenangan"

shares |


Konsert Juara Parodi minggu kelima yang bersiaran secara langsung pada malam ini akan digantikan dengan malam penghargaan (tribute) bagi menghormati pemergian pelawak popular, Pak Yus Jambu @ Yussry Edoo yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari Ahad lalu.

'Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan' bakal menghimpunkan kesemua sepuluh kumpulan yang bertanding dalam program tersebut dan turut disertai rakan-rakan artis yang lain.

Mereka akan menyampaikan persembahan khas bagi memperingati arwah Pak Yus yang telah lama mewarnai industri seni tanah air.

Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.



Persembahan Peserta Juara Parodi "Pak Yus Dalam Kenangan".

01. Pembukaan - PU Taha
02. Rabbani - Pergi Tak Kembali
03. Mawi & The Loyar, Dali Filsuf & Ac Mizal - Al Nuraa & Al Haq Yang Satu
04. Senaman (Azlee Senario & Lan Pet Pet) - Sahabat
05. Juri (Hattan & Ajak Shiro) - Kau Yang Satu & Rindu Yang Takkan Hilang
06. Skru (Zulin, Sherry & Zahid) - Malam Ini & Pelangi Petang
07. Righthanded (Fad, Abam & Waris) & Zahid - Bila Tiba
08. Firman - Suatu Masa
09. Cuba Teka (Rahim & Tomok) - Suara Dia & Salam Akhir
10. Slumber Blur (Mark Adam & Shuib Sepahtu) - Perpisahan
11. Black Dot Chey (Achey & Black) - Teman Pengganti
12. Abang Face (Syuk, Joey & Sam Bunkface) - Dir
13. Sabri Yunus - Kau Takkan Bermimpi Lagi
14. Juri - Afdlin Shauki & Zainal Abidin (Kau Di Hatiku)
15. Tauke - Pengalaman Bersama
16. Penutup - Kau Ilhamku

Related Posts