Bahana akaun Facebook palsu, Ayda Jebat dicop Anti-Kerajaan

shares |


SESIAPA pun akan berang dan kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyamar atau menggunakan gambar milik mereka untuk tujuan bukan-bukan.

Begitulah yang dialami oleh penyanyi dan pelakon Ayda Jebat apabila ada orang menggunakan namanya untuk mencipta akaun Facebook palsu.

Lebih parah, gara-gara akaun palsu tersebut pelakon drama Rindu Awak 200% ini tiba-tiba menerima tempias apabila dicop anti kerajaan.

Ini berikutan, laman Facebook tersebut sering memuatnaik berita atau artikel berkaitan isu politik berbau anti kerajaan termasuk mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada binti Jebat, 23, berkata, dia terkejut apabila mengetahui terdapat fake account yang menggunakan namanya atas tujuan politik.


“Saya baru tahu tentang kewujudan fake account tersebut awal bulan ini. Itupun setelah dimaklumkan rakan yang memberitahu akaun itu sering berkongsi mengenai hal politik.

“Disebabkan akaun palsu tersebut, saya kesal apabila dicop anti kerajaan. Walhal, saya belum pernah mengundi atas faktor usia dan tidak mengetahui mendalam hal-hal politik.

“Oleh itu, saya berharap individu yang membuat fake account memadam akaun tersebut sebelum perkara tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, dia masih lagi berfikir sama ada ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap akaun palsu tersebut dan mahu berbincang dengan bapanya terlebih dahulu.

Sementara itu, penyanyi Siapa Diriku ini telah memaklumkan kepada peminat menerusi laman Facebook rasminya agar tidak tertipu dengan akaun palsu tersebut.

Jelasnya, dia hanya mempunyai satu laman Facebook iaitu ‘Ayda Jebat’ dan ianya ‘di-link’ terus dengan akaun Instagram peribadinya.

Dalam pada itu, Ayda enggan mengulas lanjut apabila ditanya tentang tindakan penyanyi Soo Wincci yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan.

“Sebenarnya, saya tidak mahu terlibat dan masuk campur dalam isu politik. Isu politik adalah hal besar yang berlaku di semua negara. Saya lebih fokuskan mengenai kerjaya seni saya.

“Bagi selebriti lain, itu adalah hak masing-masing dan saya tidak mahu masuk campur,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ayda bakal muncul dalam drama terbaharu bertajuk Sesal Separuh Nyawa di saluran HipTV, Januari ini.

Related Posts