Daging Babi Salai Dijual Secara Terbuka Di IOI Mall Puchong

shares |


Seorang pengadu yang dikenali sebagai Zawawi, mewakili pengadu lain mempersoalkan penjualan daging babi salai secara terbuka di IOI Mall Puchong yang dah beroperasi selama seminggu di situ.

Bagaimana peniaga itu boleh ‘terlepas’ berniaga barangan tak halal di situ??

Penjualan daging babi salai secara terbuka itu telah membuatkan ramai pengunjung tidak berpuas hati, dan menganggap kejadian ini seperti tidak menghormati pengunjung beragama Islam yang berkunjung ke situ.

Gerai daging babi salai yang dijual secara terbuka itu, berada dilaluan orang ramai di aras G, berhadapan dengan premis Fitness First.

Urmm, sepatutnya gerai menjual barangan yang tidak halal tidak sepatutnya berada di situ.. Ia sepatutnya berada di ruangan khas untuk penjualan barang-barang yang tidak halal.

Dengan cara begitu, baru lah pengunjung beragama Islam selesa untuk mengunjungi pasaraya tersebut.

Kejadian seperti ini, menunjukkan pihak pengurusan pasaraya terbabit tidak menghormati sensitiviti pungunjung beragama islam yang berkunjung ke situ.

Para pengadu berharap pihak pengurusan IOI Mall dapat mengambil tindakan selanjutnya di atas perkara ini.

Related Posts