Faradhiya Impikan Cinta Lelaki Yang Matang

shares |


Nama penyanyi Farahdhiya mula menjadi sebutan peminat sejak dirinya menjadi naib juara Gegar Vaganza 2.. nampaknya kenyataan terbaru tentang status dirinya pada media telah membuatkan ramai orang terkejut.

Farahdhiya memaklumkan dirinya masih lagi solo. iyerlah.. Wanita secantik ini masih lagi solo, memang la ramai orang terkejut.. Adakah sebab Farahdhiya terlalu memilih buatkan dia masih bersendirian?

Menurut Farahdhiya, ada sebab tersendiri dia agak sukar untuk dipertemukan dengan seseorang teman lelaki yang bersesuaian dengan dirinya.

"Iya betul, saya masih single… saya tiada sesiapa yang istimewa, tiada teman lelaki yang serius buat masa ini.

" Saya mencari cinta yang matang daripada lelaki yang matang dalam segala segi, bukannya cinta budak-budak. Sekarang saya bukannya perempuan yang suka bercakap telefon berjam-jam atau menelefon setiap masa. Saya tidak mahu cinta yang suka "control" atau mengawal setiap pergerakan saya. Itu cinta buang masa," jelasnya.


Kalau dah jodoh tu tak kemana, pasti suatu hari nanti Farahdhiya akan bertemu dengan lelaki yang diimpikan itu.. biasalah setiap wanita yang agak berusia mesti mahukan seorang lelaki yang berfikiran ‘matang’.

Apapun, perkembangan Faradhiya selepas program GV2, beliau akan meneruskan kerjaya nyanyian dengan mengeluarkan single terbaru tak lama lagi.. tak sabar kami nak dengar, mesti akan mendapat sambutan hebat.

Related Posts