Fazura Tumpang Gembira Buat Shaheizy Sam

shares |


JIKA ada yang masih ingat, aktres jelita Nur Fazura pernah mengejutkan industri hiburan apabila mengakui dalam sebuah rancangan realiti bahawa dia dan Shaheizy Sam pernah menjalinkan hubungan cinta suatu ketika dahulu semasa menjayakan penggambaran filem Manisnya Cinta di Cappodocia.

Bagaimanapun, lain pula kenyataan yang keluar dari mulut Shaheizy Sam apabila mendakwa mereka hanya berkawan dan tidak sampai tahap bercinta.



Dalam pada itu, Fazura yang maklum dengan berita Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bakal berkahwin pada bulan Februari ini mengakui tumpang gembira dan mendoakan agar pasangan ini bahagia selamanya.

“Saya gembira untuk mereka dan mendoakan agar Sam dan Tilla (Syatilla) bahagia ke anak cucu.

“Kalau dijemput, saya pergi untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka.

“Saya bukan untuk dia dan dia bukan untuk saya. Saya gembira untuknya,” katanya.


Selain itu, pemilik butik House Of Doll ini berkata, dia tiada sebab untuk bersedih apabila mengetahui berita bekas teman lelakinya akan berkahwin.

Sementara itu, Fazura memberitahu, dia dapat berasakan jodohnya juga semakin hampir dan dirinya bersedia untuk bergelar isteri.

Dalam perkembangan terbaharu, Fazura bakal muncul dengan lagu Hancur Aku, hasil gandingan duetnya bersama kumpulan Estranged.

Related Posts