Foto Buku Mewarna Mirip Ahmad Maslan Kini Viral

shares |


Sama ada sengaja atau kebetulan admin pun tidak mengetahui. Tetapi sejak semalam telah viral di laman-laman sosial tentang satu gambar yang dikaitkan dengan seorang VIP paling popular di Malaysia iaitu Ahmad Maslan.

Ini dia gambar dalam salah satu muka surat Buku Warna Mirip Ahmad Maslan tersebut. (rujuk gambar di atas ).

Sama ada ianya diedit atau memang benar buku itu wujud hanya tuan punya yang snap gambar tersebut sahaja yang mengetahui kesahihannya. Tetapi jika sekali pandang memang gambaran lukisan untuk diwarnakan tersebut sangat mirip kepada wajah Ahmad Maslan.

Cuma caption pembelajarannya agak seperti mahu mengenakan beliau iaitu gambar tersebut untuk abjad B = Badut dan penerangannya dalam bahasa inggeris ditulis di muka surat tersebut CLOWN.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja jika ada berita yang dikemaskini berkaitan perkara ini.

Gambar ini telah pun viral jadi pihak yang bertanggungjawab perlu lah menyiasat akan kebenarannya. Kita pun ternanti-nanti komen daripada individu yang dikaitkan dan dikatakan mirip seperti dalam gambar mengeluarkan komen.

Related Posts