Gagal memenangi Ratu Cantik Universe sebab ada "TELUR"

shares |


Seorang lelaki yang menjalani pembedahan penukaran jantina, Jenna Talackova gagal memenangi pertandingan Ratu Cantik Universe Kanada di Toronto kelmarin.

Talackova, 23, bertanding bersama 61 peserta wanita. Namun, dia berjaya menempatkan diri dalam kalangan 12 peserta akhir dalam pertandingan itu.

Talackova merupakan seorang daripada empat peserta yang dinamakan sebagai Ratu Cantik Congeniality. Semasa dia memperagakan bikini di atas pentas, para penonton memberikan sorakan kepadanya.

Talackova menjalani pembedahan pertukaran jantina empat tahun lalu.


Sebelum ini pihak penganjur membatalkan penyertaan Talackova dalam pertandingan itu kerana peraturan menetapkan hanya wanita tulen yang dibenarkan bertanding.

Namun, peraturan itu dipinda selepas keputusan membatalkan penyertaannya mendapat bantahan daripada aktivis-aktivis lesbian, biseksual, gay dan transeksual.

Pada pertandingan itu, Sahar Biniaz, 26, memenangi mahkota Ratu Cantik Universe Kanada. -agensi

Related Posts