Gambar Bulan Madu Marsha Milan Di Kota London

shares |


PELAKON dan pengacara, Marsha Milan Londoh kini sedang berbulan madu bersama suaminya, Mohamed Shaiful Nizam, di kota London.

Bintang kelahiran Akademi Fantasia ini sah bergelar isteri kepada Shaiful Nizam tanggal 31 Disember lalu dalam satu majlis ringkas di kediaman pengantin lelaki di George Town, Pulau Pinang.

Selain itu, majlis persandingan pasangan merpati dua sejoli ini juga diraikan dalam satu majlis gilang gemilang di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 8 Januari lalu.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Marsha dan suaminya nampak gembira dan benar-benar menikmati suasana kesejukkan dan keindahan di kota metropolitan itu.

Jom kita saksikan beberapa gambar menarik pasangan pengantin baharu ini;




Pastinya peminat tidak sabar menantikan berita gembira daripada dua pasangan ini dan semoga mereka akan menikmati setiap saat indah bersama sepanjang percutian bulan madu ini.

Related Posts