GILA! Gadis Didenda Kerana Mempertahankan Maruah Diri?

shares |


Di Sonderborg, Denmark, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang, iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol.

Malang sungguh nasib si mangsa ini, dah lah hampir-hampir dirogol, ini nak kena denda bagai pulak dah.. Malangnya nasib!

Huhuhu.. Didenda pun hanya sebab menggunakan senjata terlarang je.. Kadang kala undang-undang pun memeningkan kepala.. Tak boleh ke bertimbang rasa sikit??

Difahamkan, remaja yang identitinya tak didedahkan mendakwa seorang lelaki telah menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaian dia.. Bagaimanapun, perogol tak guna itu tak sempat untuk melampiaskan nafsunya apabila perogol itu disembur dengan penyembur lada..

Menurut jurucakap polis, Knud Kirsten, memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).

Dia yang hampir menjadi mangsa rogol tetapi dia pulak yang di denda.. At least, bagi la amaran supaya mangsa tidak lagi menggunakan senjata terlarang tersebut, tapi kalau kata mangsa tak boleh guna penyembur lada.. Macam mana dia nak pertahankan diri kalau peristiwa terbabit berulang lagi??

Fikir lah keadaan mangsa ketika itu, mungkin dia terdesak dan memerlukan sesuatu untuk melindung dirinya daripada bahaya, bersimpati lah sikit.. Nak kena rogol kot...

Related Posts