Impian Shaheizy Sam Agar Syatilla Berhenti Berlakon Selepas Kahwin

shares |


SHAHEIZY Sam yang bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon jelita Syatilla Melvin mengatakan bahawa dia seboleh-bolehnya tidak mahu Syatilla meneruskan kerjanya selepas berkahwin kerana dan dia mahu menjadi suami yang bertanggungjawab dalam menguruskan keluarganya.

“Saya tidak ada masalah untuk dia terus berlakon, tapi saya sebenarnya tak mahu dia penat bekerja. Kalau boleh saya tak nak orang sekeliling saya bekerja dan biarlah saya seorang sahaja yang menanggung keluarga.


“Tapi saya faham, seseorang pelakon itu bila dia berhenti berlakon, dia akan rasa ketagih untuk mahu berlakon semula. Jadi, saya tidak akan menghalang, cuma saya tidak galakkan. Saya sendiri sudah menjadi pelakon selama 22 tahun, jadi saya tahu kerja seorang pelakon ini bagaimana.

“Jadual penggambaran memang tak menentu. Saya sendiri susah nak berjumpa dengan keluarga saya, jadi kalau dia pun berlakon, bila masa kami boleh berjumpa. Walau bagaimanapun, jika dia teringin sangat nak berlakon, saya tidak ada masalah,” jelas pelakon ini kepada sebuah portal hiburan.

Related Posts