Kecoh di Laman Sosial, Will Smith Bersiar-siar kat Mid Valley

shares |


KECOH di laman makro Twitter hari ini, beberapa keping foto selebriti terkenal antarabangsa Will Smith bersiar-siar di pusat beli belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Bergaya santai dengan t-shirt biru gelap dan jeans, Will dilihat tersenyum girang melayani peminat yang terserempak dengannya.

‘Orang lama’ dalam dunia kewartawanan hiburan yang juga pengguna Twitter, Klubbkidd mengesahkan kedatangan bintang sitkom Fresh Prince of Bel Air tersebut adalah atas urusan bertemu pihak pengurusan iFlix di pejabat mereka, di situ.


Apa-apa pun pasti peminat bertuah yang dapat bersalam dengan pelakon dan penyanyi terkenal itu sayang nak cuci tangan mereka buat beberapa hari ini.. yelah, bukan senang dapat bersalam dan bertentang mata dengan bintang terkenal Hollywood kan. -mynewshub

Related Posts