Kesedaran Sivik Di Malaysia Semakin Berkurangan Dikalangan Orang Muda

shares |


Situasi gambar diatas menunjukkan yang orang kita masih kekurangan kesedaran sivik.. Korang pun boleh nampak kan, dalam KTM itu ramai anak muda yang sihat tubuh badan tapi yang menyedihkan tak ada seorang pun yang bangun nak tawarkan tempat duduk kepada pak cik tua berbaju biru itu!

Hurmm, Kesian pak cik itu kena berdiri sepanjang masa dalam KTM itu dengan keadaan bergoyang-goyang..

Kami pun pelik lah dengan sesetengah sikap orang kita, terutamanya orang muda.. Tak ada ke sifat kasihan dan bertimbang rasa dalam diri korang, tak rasa kasihan ke melihat orang tua berdiri macam itu depan korang??

Boleh pulak korang buat bodoh dan pentingkan diri sendiri je kan! Apa salahnya kalau korang tawarkan tempat duduk korang itu buat pak cik itu.. Pak cik itu dah lah tua, korang kena lah fikir orang tua macam itu mana nak larat berdiri lama-lama lagi dah..

Korang yang sihat itu masih boleh berdiri lama.. Buat baik ini tak rugi pun, lagi satu korang tak akan muda sehingga mati pun.. Korang pun akan menghadapi hari tua juga nanti..

Cuba bayangkan, dan bagaimana perasaan korang kalau korang ditempat pak cik itu?? Baru korang akan teringat balik perbuatan korang sebelum ini kan?

Allah itu Maha Adil, setiap perbuatan baik dan jahat kita pasti akan ada balasan nya.. Berbuat baik lah dengan sesiapa pun, tak kira bangsa dan agama.. Pasti hidup korang akan sentiasa didampingi orang-orang yang baik-baik.

Related Posts