Mat Sentul, Legenda yang kini dipinggirkan, Mengapa Begitu?

shares |


Pasti semua orang masih ingat dengan Lagenda ‘Mat Sentul’ kan.. Suatu ketika dulu, wajah pelakon veteran ini sentiasa menghiasi di kaca TV. Setiap filem lakonannya pasti akan memberi kesan yang mendalam pada setiap penonton.. Maklumlah, filem-filem yang dilakonkan ‘Mat Sentul’ sangat kelakar.

Kisah Mat Sentul pernah menjadi viral di laman sosial, ada seorang peminat muda telah bertemu dengan Mat Sentul dan menceritakan keadaan kehidupan pelakon itu sekarang.. Ramai yang menyangka Mat Sentul hidup melarat.. Tetapi, perkara itu dinafikan olehnya sendiri.

Terbaru, ada individu telah terserempak dengan Mat Sentul dan sempat untuk berbual panjang dengannya.. Topik yang menjadi perbualan mereka ialah soal keluarga Mat Sentul.. Soalan yang ditanya mengenai anak-anaknya.


Jawapan dari Mat Sentul cukup ringkas, tapi sangat-sangatlah menyentuh hati setiap orang yang mendengar.. kami pasti ini bukanlah kata-kata yang kita mahu dengar keluar dari mulut seorang lelaki bergelar ayah.

Menurut kata Mat Sentul lagi, anak-anaknya dah lama mengikut haluan masing-masing.. Mungkin anak-anaknya sudah tidak tinggal sekali dengannya dan hidup dengan keluarga mereka sendiri.

Buruk macam mana pun ayah kita, sekurang-kurangnya seminggu sekali datang la menjenguk.. Sihat ke sakit ke ayah kita tu.. Kalau ayah kaya baru sibuk nak jaga dan ambil berat tentang ayah kandung sendiri ke?

Jagalah seorang lelaki yang bergelar ayah itu dengan sebaik-baiknya, sehingga hayat datang menjemput mereka.. Mereka tak minta banyak, hanya belaian kasih sayang anak-anak yang mereka dambakan.

Related Posts