Nora Danish Menafikan Dirinya Menjadi Punca Pergolakan Rumahtangga Fasha Sandha

shares |


Ramai peminat Fasha Sandha yang ingin tahu tentang status sebenar pelakon itu bersama suaminya Jejai.. Adakah rumahtangga mereka baik-baik saja atau pun sudah bercerai?? Fasha dan Jejai hanya mengambil langkah berdiam diri.

Disebabkan itu juga, orang ramai mula menuding jari bagi mencari punca pergolakan rumahtangga Fasha.. Dua individu yang telah menjadi mangsa keadaan dalam masalah rumahtangga Fasha, ialah Nora Danish dan ibu Jejai.

Ramai yang mendakwa dua individu ini adalah punca konflik yang dihadapi Fasha bersama suaminya.. Sebelum ini Fasha dan Jejai ini tampak bahagia bersama kehadiran dua cahaya mata mereka.


Tiba-tiba timbul kisah hubungan yang dibina pasangan ini sedang retak menanti belah, itu yang orang hairan.. Tak mahu terus dituduh menjadi punca keretakan rumahtangga bekas suaminya.. Nora berkata dia hanya menjadi mangsa keadaan.

Bukan hanya tampil membuat penafian kepada media, Nora juga telah mengambil tindakan undang-undang tentang kes ini, dia dah upah lawyer tau.. Apa yang dirancang Nora sehingga mengupah peguam, tak pula didedahkan.

Hmm.. Dah semakin berat kes antara Nora dan Fasha ini.. Kami harap Fasha dapat tampil ke depan bagi menjelaskan hal sebenar, dari terus mendiamkan diri tentang status sebenar dia dan suaminya Jejai.. Selagi dia tak dedahkan perkara sebenar, selagi itu orang akan terus menuding jari pada Nora, yang dianggap punca keretakan rumahtangga Fasha Sandha bersama Jejai.

Related Posts