PANAS: Syura Paksa Suami Untuk Bercerai

shares |


Baru-baru ini, penyanyi Syura menjelaskan kepada media yang beliau telah pun bercerai dengan suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin dengan talak dua.

Ramai yang ingin tahu punca pasangan ini bercerai, sebabnya sebelum ini Mohd Fadhli pernah memaklumkan yang dia masih sayangkan Syura dan mengharapkan rumahtangga mereka kembali pulih seperti sediakala.

Terkini, Fadhly tampil menjelaskan punca sebenar penceraiannya bersama Syura.. Menurut Fadhly, dia telah mengambil keputusan untuk bercerai kerana sering dipaksa oleh Syura untuk menceraikan dirinya.

Walaupun perasaan sayang terhadap Syura masih ada, Fadhly terpaksa menceraikan Syura.. Apa lagi yang mahu beliau pertahankan, andai si isteri sudah tawar hati terhadap perkahwinan mereka.

Oleh itu, Fadhly telah mengambil keputusan terakhir dengan menceraikan Syura dengan talak dua. Fadhly menjelaskan, dia tidak pernah mengabaikan isterinya.

Malah Syura mula berubah sikap, bila dia menjuarai program ‘Masterchef Selebriti Malaysia’ musim kedua.. Sebab apa Syura mula berubah sikap, yang tu kami tak tahu.. Mungkin sudah tertulis jodoh mereka sampai di sini saja.

Kalau kedua-dua mereka berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini, mungkin mereka masih boleh rujuk semula.

Tapi, jika hanya satu pihak saja yang berusaha untuk mempertahankan perkahwinan.. Memang susah la nak berbaik semula.. Cerai sahaja jalan penyelesaian yang terakhir.

Related Posts