Pelakon "Ali Setan" Kini Semakin Stabil

shares |


Minggu lalu kita telah menerima berita yang amat mengejutkan tentang pelakon popular era 80-an, Mohd Azmil Mustapha yang popular dengan filem ‘Ali Setan’, berada dalam keadaan kritikal.


Menurut adiknya, iaitu Mohd Aziph Mustapha, abangnya telah dimasukkan ke wad ICU kerana telah mengalami masalah jantung.

Terkini, menerusi laman Facebook milik Aziph, dia telah memaklumkan pada umum bahawa abangnya itu sudah pun stabil walapun masih tak sedarkan diri di Hospital Putrajaya.


Disebabkan jantung Azmil sangat lemah, doktor telah mengambil keputusan untuk memberi ubat ‘tidur’.

Buat masa sekarang Azmil sedang menggunakan alat bantuan pernafasan.. Menurut Aziph, abangnya telah menjalani pembedahan pintasan jantung kat Syria pada 2010 lalu.. Selepas itu dia sentiasa menjalani pemeriksaan berkala di Hospital Putrajaya.

Walaupun Azmil sudah berada dalam keadaan yang stabil, Aziph berharap semua pihak akan terus mendoakan kesihatan abangnya.

Sama-samalah kita titipkan doa buat pelakon itu supaya terus kuat dalam melawan penyakit yang dihidapi olehnya.

Related Posts