Peminat Ingin Fasha Sandha Kuat Demi Anak-Anak

shares |


Minggu ini, kita telah dikejutkan dengan berita penceraian pelakon Fasha Sandha dengan suaminya Jejai.. Pastinya berita ini turut membuatkan ramai peminat Fasha bersedih dan bersimpati dengan nasib Fasha yang diceraikan talak satu.

Fasha akan menjalani kehidupan yang baru bersama dua anaknya iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.. Sebelum ini, banyak spekulasi yang timbul tentang status hubungan Fasha dan Jejai..Pasangan ini hanya mengambil langkah berdiam diri.

Kes penceraian Fasha memang mendapat perhatian hebat bukan saja dari netizen malah rakan-rakan artis.. Rita Rudaini merupakan rakan artis Fasha turut mendoakan Fasha tabah menghadapi perkara ini.



Menerusi laman Instagram milik Fasha, ramai peminat yang tampil meninggalkan komen merasakan simpati dengan nasibnya dan berharap Fasha tetap tabah menghadapi dugaan ini.. Kalau korang tengok memang banyak peminat yang prihatin dengan nasib pelakon ini.

Setiap pasangan yang berkahwin mahukan rumahtangga yang dibina berkekalan.. Tetapi, apa boleh dibuat kita hanya merancang, segalanya telah ditentukan olehNya.

Cukup-cukup la tu kalau ada yang masih merasakan apa yang berlaku pada Fasha sebagai ‘karma’.. Kita tak tahu tentang masalah rumahtangga mereka.. Doakan saja yang terbaik buat mereka.

Related Posts