Pencuri Pakaian Dalam Kantoi, Di Ikat Penduduk Kampung

shares |


SUNGAI PETANI – Penduduk yang marah dengan tindakan seorang lelaki curi coli dan seluar dalam wanita di Kampung Sungai Muda, Kota Kuala Muda, di sini bertindak mengikat suspek pada sebatang pokok sebelum ditahan polis.

Terdahulu, suspek dilihat merayau-rayau di sekitar kampung dalam keadaan mencurigakan pada waktu tengah hari sebelum ditahan ketika sedang leka mencuri coli dan seluar dalam wanita dari beberapa rumah penduduk.

Seorang penduduk, Ahmad Kamil Mihamad, 40; berkata beberapa lelaki menahan suspek dan menjumpai sejumlah coli dan seluar dalam milik penduduk di dalam baldi yang dibawanya.


“Kami berasa hairan kerana banyak pakaian tersebut hilang dari jemuran selama ini dan tidak menjangka lelaki yang muncul baru-baru ini rupa-rupanya adalah seorang pencuri,” katanya.

Penduduk kampung bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Gambar lelaki itu yang diikat di pokok menjadi viral selepas tersebar di media sosial sejak Khamis.

Related Posts