Penyanyi Syura tampil dedah sah bercerai talak dua!

shares |


Setelah sekian lama menyepi kini penyanyi dan bekas peserta Master Chef Selebriti Malaysia iaitu Syura mengesahkan beliau sudah bercerai talak dua bersama Mohd Fadhly.

Perasan tak? Kalau tengok betul-betul, muka penyanyi Syura ni iras penyanyi nombor 1 Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza kan?

Walaupun kisah penceraian beliau telah dihidu oleh pihak media sekitar tahun lalu namun tiada sebarang kenyataan yang dibuat oleh Syura sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan cerita sebenar kerana tidak mahu ada pihak yang keliru.


Menurut Syura, beliau tidak berniat mementingkan diri sendiri sebaliknya banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum beliau mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Bekas keluarga mentua adalah dalam kalangan sanak saudara sendiri. Banyak aspek yang perlu saya ambil kira. Saya tak boleh mementingkan diri sendiri saja. Saya bukan sengaja bertindak demikian.”

Tambah Syura lagi beliau berharap segala penjelasan yang dibuat merungkai segala persoalan.

“Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan situasi sebenar. Semua dilakukan demi kebaikan semua. Cukuplah saya beritahu, orang di luar sana perlu tahu saya sudah menjadi ibu tunggal. Jika diikutkan, memang agak rumit untuk menjelaskan masalah rumah tangga kami.”

Hidup berumah tangga memerlukan kekuatan hati dan mental, ini kerana bukan mudah untuk memikul tanggungjawab yang besar selepas berkahwin. Sudah tertulis Syura terpaksa berpisah dengan suaminya tetapi harapnya anak-anak tidak diabaikan.

Related Posts