Remaja 14 Tahun Yang Menipu Diculik Dihadapkan ke Mahkamah

shares |


KLANG – Remaja perempuan yang mendakwa dirinya diculik pada 27 Disember lalu, tiba di perkarangan Mahkamah Klang, di sini, jam 10.15 pagi tadi.

Remaja itu yang memakai baju lokap berwarna hijau tiba dengan diiringi anggota polis.

Dia akan didakwa mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu.

Sementara itu, ahli keluarga remaja berkenaan termasuk ibunya yang berada di bahagian belakang kamar Mahkamah Majistret kelihatan tenang.

Kes berkenaan yang menyaksikan rakaman audio remaja itu merayu minta diselamatkan turut mendapat liputan media apabila separuh daripada kamar mahkamah dipenuhi petugas media daripada pelbagai organisasi.


Related Posts