Sara Ali Kini Sudah Berhijab

shares |


Baru sahaja kita menerima berita gembira pelakon kanak-kanak, Mia Sara telah berhijab sepenuhnya.. Kini, sedang kecoh dua keping gambar pelakon serta bekas BFF Fazura, iaitu Sara Ali bertudung.. Kalau dulu-dulu Sara ni, suka tampil dengan imej agak ranggi.

Gambar dirinya bertudung dikongsikan sendiri oleh Sara di laman Instagramnya dan telah menimbulkan banyak tanda tanya..

Adakah itu salah satu cara Sara mahu peminat tahu dia telah pun mengenakan hijab sepenuhnya?

Sebab dari gambar itu nampak macam Sara keluar berjalan-jalan, dan mengenakan tudung.. Sesetengah artis hanya bertudung bila ada majlis-majlis tertentu sahaja..

Kalau ini dah keluar berjalan pun pakai tudung, kami rasa memang Sara sudah bertudung sepenuhnya.

Walaupun tuan badan tak menyatakan secara terang-terangan tentang dia sudah berhijab, ramai peminat berharap imej terbaru pelakon ini adalah satu imej yang kekal.. Ada juga yang memuji kecantikan Sara bila bertudung, seorang wanita memang nampak manis dan cantik bila bertudung.

Alhamdullilah, satu perkembangan yang amat baik oleh artis-artis beragama Islam di Malaysia.. Jangan hanya mengenakan hijab sebab mengikut trend sahaja..

Semoga imej berhijab ini disusuli dengan imej berpakaian menutup aurat.. Jangan berhijab tapi baju dan seluar masih ketat dan sendat yerr..

Related Posts