Satu Keluarga Kantoi Dirakam CCTV Cuba Curi Tabung Masjid

shares |


SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan aksi seorang lelaki yang kantoi ingin mencuri tabung di masjid Jamek Paka, Terengganu tersebar menerusi media sosial.

Tidak diketahui waktu dan tarikh sebenar kejadian tersebut, namun menurut netizen, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pada minggu lalu sekitar jam 11 pagi.

Menerusi video, seorang lelaki yang dilihat memandu kereta jenis Proton Perdana bernombor pendaftaran JGV 1888, keluar dari kenderaannya bersama dengan beberapa individu lain yang dipercayai adalah ahli keluarganya.


Kelibat wanita yang dipercayai isterinya seperti sudah dirancang apabila wanita terbabit menuju ke bahagian solat wanita bersama anak perempuannya.

Manakala suspek bersama anak lelakinya menuju ke bahagian solat lelaki bagi melakukkan dua ‘tugasan’ serentak.

Tidak beberapa lama kemudian, suspek dilihat sedang cuba membuka peti tabung masjid setelah melakukan tinjauan di kawasan berkenaan bagi memastikan keadaan ‘selamat’.

Bagaimanapun, suspek gagal berbuat demikian setelah perbuatannya itu berjaya disedari oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai bernama Pak Awang.

Suspek yang cemas pada mulanya telah disoal oleh lelaki berusia 50-an terbabit, namun gerak gerinya yang mencurigakan telah ‘dihadiahkan’ sepakan .

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan balai polis berdekatan berkenaan perkara ini. -mynewshub

Related Posts