Syak Isteri Curang, Suami Libas Isteri Sehingga Maut

shares |


Satu pembunuhan kejam berlaku di Kampung Muhibbah, Beaufort semalam. Seorang suami hilang kewarasan dengan bertindak kejam membunuh isteri dia dengan melibas kepala wanita malang itu menggunakan sebatang besi paip sepanjang 1.8 meter, di tepi kebun kelapa sawit..

Astaghfirullah al-Azim.. Kami rasa mesti wanita tersebut menahan azab sakit yang teramat sebelum dia meninggal..

Mayat mangsa, Jum Dala, 42 ditemui tertiarap dengan kesan lebam di mata kiri oleh orang awam.. Mangsa dipercayai telah dibunuh diantara 10 hingga 12 jam sebelum ditemui oleh orang awam..

Difahamkan, mangsa dibunuh kerana disyaki mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.. Mangsa ditemui dalam keadaan yang amat mengaibkan.. Terdapat kesan koyak pada baju mangsa, tudung mangsa turut tertanggal dan seluar mangsa terlucut sehingga separuh badan..

Polis menemui sebatang besi paip berhampiran mayat mangsa yang digunakan oleh suami mangsa.. Susulan kejadian itu, suami mangsa berusia 37 tahun ditahan untuk membantu siasatan dan motif kejadian masih dalam siasatan..

Boleh dikatakan dalam sehari mesti ada kes pembunuhan seperti ini, kadang-kadang tu ada dua hingga tiga kes pembunuhan yang berlaku.. Zaman sekarang semakin menakutkan, manusia semakin kejam apabila hilang kewarasan dan pertimbangan.. Hurmm..

Related Posts