7 Anggota Badan Manusia Yang Banyak Lakukan Dosa

shares |

Assalamualaikum. Manusia yang lahir di dunia ini mempunyai anggota tubuh badan dan setiap anggota tubuh badan manusia itu mempunyai fungsi serta peranan masing-masing.

Ini merupakan kelebihan yang Allah berikan pada manusia yang tidak ada pada makhluk yang lain. Manusia diciptakan dengan mempunyai anggota tubuh badan yang lengkap agar mereka dapat melakukan kerja-kerja harian serta untuk beribadat kepada Allah.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat 7 Anggota Badan Manusia Yang Banyak Lakukan Dosa? Mungkin selama ini kita tidak menyedari yang anggota badan kita banyak melakukan dosa. Sedarkah kita?


"Tujuh anggota badan manusia yang paling berpengaruh dalam melakukan dosa adalah mata, telinga, lidah, perut, tangan, kemaluan dan kaki sehingga ada ulama yang mengatakan Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat menyeksa anggota yang melakukan dosa. "

7 Anggota Badan Manusia Yang Banyak Lakukan Dosa

1) Mata
Keindahan alam ini mampu dilihat oleh manusia dengan menggunakan mata. Manusia di anugerahkan oleb Allah dengan sepasang mata agar mereka dapat melihat keindahan alam, mengenali ibu ayah, suami atau isteri serta anak-anak. Allah mengurniakan kita sepasang mata untuk melihat perkara kebaikan dan bukannya untuk melihat perkara yang haram dan lucah. Jagalah mata anda dari melihat perkara yang mendatangkan dosa dalam diri tanpa kita sedar.

2) Lidah
Tanpa lidah manusia tidak dapat bercakap. Lidah yang Allah berikan pada manusia untuk menyampaikan kebaikan pada orang lain dan bukannya untuk mengutuk mengeji memfitnah dan mengumpat orang. Perumpamaan ada mengatakan bahawa "Tajam Lidah Dari Pedang" . Jadi, berhati-hatilah dalam mengeluarkan kata-kata. Seeloknya lidah kita dibasahkan dengan berzikir kepada Allah selalu bukannya dengan mencarut dan mengumpat orang lain.

3) Telinga
Allah mengurniakan telinga untuk manusia agar manusia dapat mendengar perkara yang mendatangkan kebaikan. Telinga yang kita miliki haruslah digunakan untuk mendengar sesuatu yang tidak mengundang dosa tanpa dosa tanpa kita sedar. Mungkin sebelum ni kita tidak menyedari kita banyak mendengar perkara yang boleh mengundang dosa dalam diri seperti mendengar orang mengumpat atau mendengar sesuatu perkara yang mengandungi nilai maksiat dan haram.

4) Perut
Manusia akan berasa lapar bila perut mereka tidak di isi dengan makanan. Makanan yang berzat dan enak adalah penting bagi untuk mengisi rasa perut yang lapar seorang manusia. Perut juga memainkan peranan penting agar manusia tidak mengisi perut mereka dari sumber rezeki yang haram kerana jika perut kita di isi dari sumber yang haram, makanan yang dimakan itu akan menjadi darah daging manusia yang kekal abadi. Jadi, isi lah perut kita dari sumber yang halal agar hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya.

5) Kemaluan
Terjadinya zina apabila manusia tidak dapat mengawal nafsu dalam dirinya. Manusia seharusnya menjaga kemaluannya agar tidak terdorong kepada perkara yang mendekatkan dengan zina.

6) Tangan
Manusia melakukan tugas harian dengan menggunakan tangan. Tangan merupakan antara anggota manusia yang paling penting agar manusia dapat melakukan aktiviti seperti menulis, melukis, menyentuh dan macam-macam lagi. Namun, tangan juga tidak terlepas dari melepaskan dosa. Tangan yang Allah kurniakan pada kita agar kita melakukan perkara kebaikan dan bukannya melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

7) Kaki
Kita melangkah dan berjalan dengan menggunakan kedua belah kaki. Allah mengurniakan kaki kepada manusia agar mereka dapat menggunakan kaki itu untuk keluar mencari rezeki dan berjalan untuk mencari redha dari Allah bukannya dengan melangkah untuk menuju ke arah kemaksiatan. Oleh itu, gunalah kaki kita sebaiknya agar sentiasa mendapat keberkatan dariNya.

Kesimpulannya, anggota badan kita inilah yang akan menjadi saksi apabila kita berhadapan dengan Allah nanti.

Selama ini kita tidak menyedari sudah berapa banyak dosa yang kita lakukan. Sama-samalah kita merenung dan muhasabah diri kembali.

Related Posts