Adel AF Akui Bercinta Dengan Suami Orang

shares |


BEKAS finalis Akademi Fantasia 2014, Adel yang dikatakan sedang menjalin hubungan bersama seorang lelaki yang berstatus suami orang, kini tampil mengakui perkara itu.

Malah dia juga memberitahu bahawa lelaki itu sudah mempunyai tiga orang cahaya mata.

“Betul, saya tidak nafikan yang dia suami orang, tetapi dia sudah melafazkan talak kepada isterinya sebelum kami bergelar kekasih.

“Saya mengenali ‘Mr. MA itu selepas dikenalkan oleh kawan rapat, tapi kami baru sahaja bergelar kekasih sejak sebulan yang lalu”

“Buat masa sekarang, biarlah dia menyelesaikan masalah rumah tangganya dulu. Saya tidak mahu memaksa dia untuk mempercepatkan proses perceraian kerana bagi saya, kalau ada jodoh, adalah”

“Saya hanya berserah kepada takdir. Kalau itu adalah jodoh tidak kira dengan sesiapa pun, saya terima seadanya dan tiada masalah untuk saya memeluk Islam,” jelasnya kepada sebuah akhbar tempatan.

Related Posts