Amy Search Teringin Timang Anak Lagi?

shares |


Walaupun sudah agak berusia dan sudah memiliki seorang cucu, perkara itu tak menghalang penyanyi rock Amy Search menyimpan hasrat untuk menimang seorang lagi cahaya mata.

Amy akui menyimpan hasrat mahu menambah seorang lagi ahli keluarga barunya.

Semua dah tahu anaknya Nabila Huda baru saja mendirikan rumahtangga buat kali kedua.. Disebabkan itu juga, kalau korang nak tahu Amy telah mencabar Nabila, siapa antara mereka yang akan terlebih dulu menimang cahaya mata.

Amboi, anak dan ayah boleh pulak bersaing sesama sendiri buat anak kan? Hehehe.

Menerusi laman Instagram milik Amy, dia telah kongsikan gambar sedang mendukung anak patung yang seakan sama dengan bayi..

Kat situ ramai peminat merasakan Amy mahu memiliki anak sendiri.. Malah Amy juga adalah seorang yang cukup suka dengan kanak-kanak.

Apapun, kalau sudah tertulis rezeki Amy nak memiliki seorang lagi ahli baru dalam keluarga apa salahnya.

Berkat doa peminat dan usaha, mungkin satu hari nanti hasrat Amy akan termakbul.. Jangan nanti Amy dapat anak dan cucu umur sebaya sudah lah.. Hehehe..

Related Posts