Anak Perempuan Datuk Mukhriz Dijangkiti Virus H1N1

shares |


Mengejutkan apabila menerima satu berita bahawa anak perempuan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Melia Serena Mukhriz dijangkiti wabak atau virus H1N1.

Perkhabaran mengejut tersebut dikongsikan oleh Serena sendiri serta kakaknya, Meera Alyanna atau lebih manja dengan panggilan Ally di laman Instagram milik mereka.

Virus H1N1 atau lebih dikenali dengan nama selsema burung atau pun lebih famous dengan panggilan selsema babi ini seperti yang korang sedia maklum sangat di geruni dan boleh membawa kepada kematian, jika tidak menerima rawatan pencegahan.

Tidak pasti dimana serena dirawat, sama ada di hospital luar negara atau pun di hospital tempatan. Namun dikhabarkan tahap kesihatan Serena semakin pulih dan stabil.

Menurut ahli keluarganya, Serena sudah boleh keluar daripada hospital hari ini. Gomez rasa dia dirawat di hospital tempatan, ekoran Serena memuatnaik satu video dia menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen bersama ayahnya semalam.

Virus H1N1 sangat merbahaya dan tiada ubat yang mujarab untuk menghilangkan wabak tersebut selain mengambil langkah pencegahan. Ramai orang takut dengan virus yang dibawa oleh haiwan seperti burung dan ayam ini kerana ianya merebak dengan pantas.

Walaupun kadar kematian kes H1N1 masih rendah, kita perlu ingat kadar berjangkit selesema H1N1 sangat tinggi dan mudah berjangkit berbanding penyakit-penyakit lain. Justeru itu, bilangan kes boleh meningkat dengan cepat.

Dinasihatkan supaya orang ramai menjarakkan kedudukan korang dengan pesakit yang menghidap penyakit H1N1 sekurang-kurangnya 1 meter. Dilarang untuk menyertai atau meminimumkan majlis perjumpaan. Kerana wabak ini boleh berjangkit melalui batuk dan air liur.

Kebersihan tangan juga harus dijaga dan dicuci dengan cara dan langkah yang betul dengan lebih kerap. Pengudaraan di sekitar kawasan rumah juga harus dijaga dengan baik sebagai langkah pengcegahan.

Individu-individu yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak H1N1 adalah pesakit asma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru bila perlu ke tempat awam yang sesak atau ramai orang. Orang-orang yang macam ni dinasihatkan untuk memakai mask hidung.

Related Posts