AWAS! Spam Lucah Di Facebook

shares |


Jika anda perasan baru baru ini telah tersebar satu Virus lucah menyerang beberapa pengguna facebook.

Virus ini bekerja sendiri mengahantar link lucah serta link video lucah tanpa anda sedari kepada timeline rekan dan seluruh grup facebook yang anda sertai.

Cuba anda bayangkan sekejap berapa ramaikah yang akan melihat perkara itu,dan tentu mereka menganggap anda anda seorang kaki lucah dan penyebar link porno, padahal itu semua berlaku tanpa sepengetahuan anda.

Selain dari pada itu virus ini juga bekerja didapati diruang komen,dan perkara itu yang membuat virus ini sangat berbahaya.

Sebagai kongsian lakukan apa yang patut,disini kami akan kongsikan bagai mana untuk menghalang virus ini menjadikan facebook anda sebagai sasaran.

  • Buka akaun facebook dan pergi ke kawasan log aktiviti anda untuk memastikan bahwa anda tidak terjebak di kencah penghantaran virus spam porno pada timeline rekan rekan anda grup grup yang disertai. 
  • Semak timeline masing masing dan kunci di bagian tetapan facebook bagi mengelakkan anda menjadi mangsa serangan virus tersebut.
  • Setelah semua itu anda lakukan tukar pasword baru,karena itu lebih selamat.

Bagaimanakah facebook saya boleh ada virus ini?

Ini adalah disebabkan oleh kegatalan tangan anda sendiri yang telah menekan link yang anda tidak sedari sewakti melayari facebook seperti contoh:

  • Link yang mempostingkan cara cara menjadikan foto anda kepada foto kartun.
  • Link gambar lucah yang menarik.
  • Link video porno.
  • Link yang mempostingkan sesuatu yg boleh menjadikan mana2 bahagian dari privacy milik fb anda diperlukan kepada sesuatu yang menarik perhatian anda untuk di jadikan bahan pada timeline anda.
  • (Link blog, bukan semua perhatikan bawah kaki blog untuk perbezaan ) seperti di bawah:

Biasanya blog ini akan memposting sesuatu yang anda dapati mensensasikan sesuatu perkara dan konten yang menakjubkan untuk anda klik.


Contoh Clickjacking yang mempunyai teknik cara kerja berbahaya dengan bertujuan untuk menipu pengakses website agar meng-klik sesuatu objek atau konten yang terlihat menarik untuk di kunjungi sehingga kita mengklik nya.

Sharebaiting iatu serangan sosial engineering murni yang mengambil keuntungan dari bug yang ada dalam desain Facebook.

Apabila link link tersebut anda klik maka secara automatiknya anda sebenarnya telah membenarkan virus virus spam porno membuat posting bagi pihak diri anda menghantar kepada seluruh group yang anda sertai termasuk penghantaran secara peribadi kepada timeline rakan rekan yang anda ada.

Contohnya jika anda mempunyai 1000 orang rakan facebook anda maka sebanyak itulah virus itu menular dan apabila rakan anda pula yg menerimanya maka:

  • Rakan anda memaki hamun anda (biasanya rakan anda yang jenis tipikal dan penuh dengan perasaan prejudis)
  • Rakan anda pula mengklik pada link tersebut dan menyebabkan penerusan penyebaran spam virus..
Apa yang patut saya lakukan?
  • Jangan klik link yang mencurigakan,seperti video lucah dan gambar lucah.
  • Apabila anda mendapati ada rekan yang dijangkiti,segera maklumkan dia bahwa akaun facebokknya telah terkena virus spam porno. 
  • Jikan anda adalah seorang admin grup dan menerima postingan spam porno dari ahli-ahli anda segera maklumkan kepadanya dan segera padamkan postingan tersebut sebab tindakan membelog ahli ahli yang sudah di jangkiti bukanlah satu jalan penyelesaian yang bijak kepada masalah tersebut.

Kita sepatutnya saling bantu membantu,hari ini mungkin ahli anda atau rekan anda,besok manatau kita,kita berbuat baik pada orang sudah tentu orang berbuat baik pada kita.

Related Posts