Fesyen Lelaki Melayu Sekarang Semakin Mengarut!

shares |


Eeeeuwww.. Geli sangat aih kami tengok fesyen jubah untuk lelaki melayu sekarang ni.. Dah macam kering idea sangat dah pereka jubah baju lelaki ni, sampai jubah wanita pun lelaki nak pakai.. Hahaha..

Serius wei, sekali pandang macam model lelaki semua tu pakai jubah wanita, versi lengan tangan dipotong pendek.. Kononnya nak tunjuk lengan berotot ke? Tolong jangan nak ubah fesyen asal jubah untuk lelaki ok..

Cukup-cukup la tu pereka fesyen dah rosakkan imej baju tradisi ‘Baju Melayu’, lepas keluarkan fesyen jubah mengandung, pereka fesyen nak keluarkan jubah pelik untuk lelaki sado pulak.. Perempuan nak pakai jubah ketat, lelaki pun nak join sekali wujudkan jubah ketat..

Korang tengok tak model lelaki pakai jubah hijau tu.. kami dok confuse, dorang ni ambik model lelaki ke model perempuan.. Wei, model tu body shape dia macam body shape perempuan la.. Pernah dengar ramai perempuan nak body shape kerengga?? Hah, model tu pun dah macam body kerengga.. Hahaha..

Malu bila kami terbaca komen dari sorang lelaki bukan Islam pasal jubah pelik ni.. Bila mana Melayu terlalu taksub nak buat baju hanya untuk berfesyen, orang bukan Islam tengok kita macam boneka jadi mangsa fesyen..

Orang 'bodoh' mana yang nak beli baju jubah macam tu, tak tau la kami.. Kalau jumpa kat kami kat tepi jalan mamat pakai jubah macam ini.. Buat jadi bahan gelak ja untuk kami.. Ada ke yang berminat nak beli?

Related Posts