GILA! Kerana Cemburu Bulu Kening Wanita Ini Dicukur Teman Lelaki

shares |


Kes cemburu terhadap pasangan ini selalu kedengaran, macam-macam boleh jadi apabila salah seorang tak dapat mengawal emosi.. Baru-baru ini yang kerap didengar apabila wanita bertindak ganas memotong anu pasangan diorang, itu gara-gara ada perasaan tak puas hati dengan pasangan.. Menakutkan!

Kes kali ini lain pulak, apabila lelaki pulak yang cemburu dengan kecantikan teman wanita dia sendiri.. Seorang wanita yang dikenali Julia memuatnaik status di Instagram selepas teman lelaki dia ‘menghukumnya’.. Statusnya yang berbunyi begini..

‘Teman lelaki saya mencukur kening saya selepas seorang lelaki memuji kecantikan saya di kelab malam semalam.. Tambahnya kalau saya nak jadi teman wanitanya, saya harus nampak kurang menarik.. Nasib baik saya masih sayangkan dia. Dia hanya cemburu kerana dia begitu cintakan saya..’

Ek’eleh! Lelaki itu tak boleh blah lah, cakap je lah yang dia jenis cemburu buta! Tipu lah lelaki nak teman wanita hodoh, kan?? Kasihan Julia, hodoh dicukur kening begitu.. Kami tak faham dengan Julia yang masih boleh sayangkan lagi lelaki macam itu ye!

Katanya, lelaki itu berbuat begitu kerana lelaki itu cintakan dia.. Cinta itu, cinta juga lah tapi tak takut ke lelaki itu akan melakukan tindakan yang lebih melampau lagi selepas ini??

Kalau sekali dia dah pernah buat begitu, tak mustahil dia akan melakukan lagi.. Mana nak tahu kan, sikap seseorang kita tak dapat nak dijangkakan.. Minta berhati-hati je lah ye kalau sayangkan sangat teman lelaki seperti itu.

Related Posts