Jangan Pandang Sebelah Mata Dengan Abang Lori

shares |


Tak kira lelaki atau wanita pasti nak mencari kriteria-kriteria tertentu untuk memilih calon teman hidup, betul tak??

Korang pun mesti nak cari teman hidup yang terbaikkan.. Contohnya pandai ambik hati, tak cerewet, hormat orang, sejuk mata memandang, boleh membimbing korang dan banyak lagi..

Perangai manusia macam-macam ragamnya, pasti ada yang baik dan jahat.. Kami nak bagi tips sikit lah, kalau boleh korang perlu mengelak dari memilih calon pasangan hidup yang akan membawa malapetaka kepada korang nanti!

Antara contoh-contoh pasangan hidup yang korang perlu elak macam perempuan ni, korang baca perbualan mesej pasangan diatas itu!

Minah tu antara calon yang tak layak jadi seorang isteri.. Tahu sebabnya?? Minah itu antara calon pasangan hidup yang tak sesuai dijadikan seorang isteri kerana jenis mata duitan!

Tahu-tahu jer lah, jenis mata duitan ini just nak kikis duit dan tak ikhlas terima korang pun.. Korang boleh baca mesej-mesej minah itu kepada teman lelaki dia..

Sebelum ini bercinta dengan lelaki itu, kononnya tak kisah lelaki itu kerja apa pun dan gaji pun tak nak ambik tahu .. Tup! Tup! Satu hari itu, dia mesej lelaki itu kata dia tak dapat terima lelaki itu lagi sebab lelaki itu bekerja sebagai pemandu lori je dan gaji tak seberapa..

Alaaa! Ayat nak minta putus lah, sebab dah ada pengganti baru yang kononnya lebih baik dan stabil dari teman lelaki dia..

Perempuan itu menghina lelaki tu dengan mengatakan, yang dia memerlukan seorang lelaki bergaji sekurang-kurang 2k keatas untuk tanggung dia hidup.. Bagi dia, kerja sebagai pemandu lori tak ada masa depan dan takut hidup melarat.. Ek’eleh!

Minah itu bajet bagus pulak! Yang tak boleh blah itu, masa teman lelaki dia tunjuk penyata gaji dia kat minah itu.. Terkejut beruk minah itu tengok gaji pemandu lori sebanyak 4k keatas.. Hah, baru nak terbeliak biji mata yer!

Lagi satu, minah ini memang jenis muka tak malu. Kenapa kami kata dia muka tak malu? Lepas lelaki tu tunjuk penyata gajinya sebagai pemandu lori, terus gadis tu bertanya kepada lelaki tersebut bila nak hantar rombongan meminang.. Bengong! Dah tahu gaji lelaki itu banyak baru terhegeh-hegeh nak orang itu balik, sebelum itu sakan dok menghina sesuka hati!

Padahal dia sendiri cakap kata ada seorang pegawai kastam nak masuk meminang dia, lepas tengok gaji teman lelaki dia lebih banyak dari pegawai tu.., terus dia berubah hati noh! Dasar perempuan tak tahu malu!

Related Posts