Jihan Muse Bakal Nikah Bulan Depan?

shares |


Baru-baru ini, katanya pelawak dan pelakon, Jihan Muse telah mengunjungi butik pengantin Man Kajang bersama seorang jurusolek dan perkara itu menimbulkan persoalan sama ada Jihan akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sehingga kini, Jihan sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan dan berdiam diri berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, menurut sumber boleh dipercayai oleh BH Online, Jihan dan kekasihnya, Ungku Hariz bakal naik pelamin pada bulan depan.



Majlis pernikahan dan persandingan dikatakan bakal diadakan di Shah Alam, masing-masing pada 20 dan 27 Mac. Jihan juga dikatakan bakal melaram dengan busana kahwin rekaan Man Kajang dan Rizman Ruzaini pada majlis perkahwinannya.

Jika benar apa yang dikhabarkan ini, semoga segala persiapan menjelang majlis akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Related Posts